MACAM baru kelmarin netizen tegur keberanian pempengaruh, Ameera Khan mengenakan persalinan serba hitam yang seakan-akan baju dalam.
Nak sebut gaun digayakan itu pun Diva tak tahu, baru nak tekan enjin carian alih-alih adik kepada usahawan selebriti, Neelofa muncul lagi dengan persalinan ‘panas’ lain.
Kali ini gaun putih biru dipakainya pula jadi tumpuan. Sekali pandang tiada apa yang luar biasa, tapi mata netizen macam ada mesin pengimbas.
Ada tersembul sesuatu di bahagian dada dakwa segelintir individu. Diva bukan nak menyibuk, cuma tertanya-tanya apakah itu?
Mana tahu mata kita kadangkala ditipu dengan gambar yang terkena pantulan cahaya. Hanya Ameera yang ada jawapannya.
DIVA: Heboh di Threads ada kelompok netizen mahu membongkar penipuan seorang selebriti.
