‘Lagu nasyid’ Hujan, Bunkface melekat dalam kepala!

KALAU nak cakap tentang teknologi dan netizen, memang ada sahaja ‘otak’ mereka untuk menghasilkan idea unik.

Itu yang tular dalam media sosial baru-baru ini apabila ada yang menyunting lagu milik kumpulan Hujan dan Bunkface menjadi versi nasyid!

Lagu yang ditukar itu ialah Aku Skandal (Hujan) dan Darah Muda (Bunkface).

Memuatkan artikel berkaitan…

Paling lucu, rata-rata netizen mengakui dua lagu yang ditukar genre itu kedengaran sangat sedap dan tidak pelik!

“Ini bukan Aku Skandal tetapi sudah jadi Ana Skandal!

“Dah macam ‘vibe-vibe’ bulan Ramadan pula, kejang urat perut gelak.

“Selepas dengar versi nasyid, terus lupa lagu asal. Melekat dalam kepala!” komen netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok