Tak sabar timang anak, Riena Diana ‘seru’ Keith Foo

PELAKON Riena Diana menarik perhatian ramai apabila meluahkan hasrat untuk memiliki anak sendiri.

Menerusi hantaran Instagram Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 28, berkongsi video mendukung seorang bayi perempuan comel.

Namun apa yang menjadi perhatian netizen adalah kapsyen ditulis Riena yang menyeru nama kekasih hatinya iaitu Keith Foo.

Cepat la Keith Foo, nak satu macam ni. Tak nak Walid. Janji Comel. Cuba korang tag Keith cakap cepat sikit dan apa akibat dia kalau lambat-lambat. Terima kasih,” tulisnya.

Keith yang membaca hantaran tersebut telah meninggalkan komen balas dengan menulis ‘very soon darling’ (tidak lama lagi sayang).

Hantaran pelakon drama bersiri Bidaah itu bukan sahaja mendapat perhatian netizen malah rakan-rakan selebriti seperti Rozita Che Wan, usahawan Kak KM dan penerbit Datuk Ayu Puteh.

Ruangan komen hantaran tersebut turut dibanjiri  komen netizen Indonesia yang mula mengenali Riena menerusi drama Bidaah yang mencipta fenomena di sana.

Keith Foo juga pernah mencipta nama sebagai pelakon di Indonesia lebih 10 tahun tahun sebelum kembali ke Malaysia. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok