Syed Saddiq, Bella Astillah ‘oyen’ syawal paling comel

“DUA oyen di hari raya”.

Demikian perkongsian ahli politik, Syed Saddiq yang  memuat naik video menggayakan persalinan baju Melayu warna jingga sedondon dengan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah.

Syed Saddiq atau nama penuhnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 33, muncul bersama wanita terbabit bagi menghibur pelayar media sosial dengan video cabaran lagu raya Meriah Lain Macam nyanyian Hael Husaini dan Nadeera Zain.

Hantaran tersebut disertakan emoji ketawa, sekali gus mengundang perhatian ramai yang rata-rata menyatakan pasangan digosipkan bercinta itu paling comel.

Bahkan ramai peminat dan selebriti lain mengusik mereka dengan pelbagai komen nakal.

Ambillah dunia ni. Sampai aku takde hati nak post gambar raya. Gula Melaka semua pada kalian,” seloroh pelakon Ozlynn Waty.

“Nampaknya Syed Saddiq makin ‘rosak’ sejak bersama Bella,” tulis seorang netizen.

Baru-baru ini, gelagat Ahli Parlimen Muar itu yang menghantar Bella di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berangkat ke Tanah Suci mengundang perhatian ramai apabila dilihat menitiskan air mata.

Hubungan mereka menjadi tanda tanya selepas sering tampil bersama termasuk mempromosi pakaian hari raya dengan mendaki Gunung Kinabalu.

Bella juga pernah hadir ke sidang Dewan Rakyat pada 27 Februari lalu bersama Syed Saddiq, lantas membuatkan ramai peminat semakin teruja.

Fenomena gandingan Bella Astillah-Syed Saddiq sehingga digelar sebagai.BASS masih lagi menjadi perbualan ramai dalam media sosial termasuk sehingga ke Korea Selatan.

Biarpun tidak memberi jawapan pasti atau mengesahkan bercinta, keluarga kedua-dua personaliti popular itu memberikan restu andai gosip membabitkan mereka benar. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok