Parah! Ramai nak jadi menantu Faizal Hussein

SELAIN watak Walid dalam drama Bidaah ‘mendunia’ sehingga ke Indonesia, ahli keluarga aktor Faizal Hussein turut tidak terlepas daripada terkenal tempiasnya.

Perkara tersebut terbukti apabila dua anaknya hasil perkahwinan dengan Suhaila Sulaiman iaitu Fazryn dan Fazrick turut tular sehingga ke negara seberang.

Semua itu selepas Faizal baru-baru ini memuat naik foto momen ketika menyambut ulang tahung kelahiran Fazrick ke-17 tahun.

Rentetan itu, perkongsian tersebut dibanjiri dengan komen netizen termasuk dari Indonesia yang rata-ratanya memuji ketampanan Fazrick malah menawarkan diri mahu menjadi menantu Faizal.

“Walid, aku mahu jadi menantu dan nak anakmu boleh?

“Tak sangka anak-anak Walid cantik dan kacak. Saya nak Fazrick boleh?

“Saya pejamkan mata, saya terbayang abah Walid pula,” seloroh netizen.

Sehingga kini, fenomena Walid masih belum berakhir dalam media sosial ditambah pula semakin ramai melakukan parodi watak tersebut.

Terdahulu, drama Bidaah yang disiarkan menerusi platform Viu Malaysia mencatatkan lebih 2.5 bilion tontonan menerusi platform digital dan media sosial sejak ditayangkan bermula 6 Mac lalu.

Naskhah tersebut menjadi drama paling popular bukan sahaja dalam Viu Malaysia tetapi di Indonesia selama lima minggu berturut-turut.

Fenomena Bidaah semakin meledak apabila watak Walid, lakonan hebat Faizal turut mencetuskan pelbagai trend parodi dalam TikTok. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok