IBU kepada penyanyi Aisyah Aziz, Siti Hafiza Basharahil menyambut baik kehadiran ahli keluarga baharu iaitu Dr. Mohd. Fakhrudin Amir Mohd. Ismail dan bersyukur atas nikmat yang diberi.
Dalam masa sama, Hafiza mendoakan rumah tangga yang dibina Aisyah dan suami sentiasa dibawah perlindungan-Nya dan kekal hingga akhir hayat.
“Alhamdulillah segala puji pada Allah Yang Maha Esa di atas nikmat yang telah diberikan kepada kami sekeluarga.
Kami menyambut anakanda Mohd. Fakhrudin Amir dalam keluarga besar kami diringi doa dan restu
“Semoga rumah tangga yang dibina sentiasa dilindungi Allah sehingga ke jannah,” katanya dalam hantaran Instagram.
Meskipun pelantun lagu Pujaanku itu sudah bergelar isteri, Hafiza akan sentiasa mengingati Aisyah walaupun jauh dari keluarga.
Buat anakanda Aisyah, walau akan berada jauh di mata tetapi sentiasa dekat dihati dan dalam doa kami,” ujarnya.
Jumaat lalu, Aisyah sah bergelar isteri kepada Dr. Fakhrudin Amir yang merupakan abang kepada pendakwah selebriti, PU Riz. – HIBGLAM