Menari pakai coli, Nonny Nadirah buat onar lagi

PELAKON Nonny Nadirah sekali lagi mencetuskan keresahan dalam kalangan netizen apabila memuat naik video menari dengan hanya memakai pakaian dalam menerusi sebuah hantaran Instagram hari ini.

Dalam video tersebut, Nonny atau nama penuhnya Nonny Nadirah Zainuddin, 36, dilihat memakai pakaian dalam berwarna merah sambil menari dengan aksi mengghairahkan selain turut meletakkan sehelai kain mafla bendera Palestin di bahunya.

Sementara kapsyen video tersebut hanya diletakkan imej bendera Palestin sahaja.

Saya sayangkan awak cinta hati,” katanya dalam Instagram Story.

Nonny bagaimanapun menutup ruangan komen hantaran tersebut.

Aksi mencolok mata sebegitu bukan kali pertama dilakukan oleh Nonny.

Sebelum ini dia juga pernah berkemban sambil menyanyi dan mendendangkan lagu berbahasa Arab dengan hanya memakai coli berwarna hitam.

Terdahulu, pelakon drama Luka Di Hati Diya itu juga berani menunjukkan klip duduk mencangkung hingga nyaris menampakkan alat sulitnya ketika menjual produk.

Nonny sebelum ini mendakwa berdepan dengan gangguan sihir sehingga wajahnya senget sebelah sekitar tiga tahun lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok