‘Tak boleh hidup tanpa awak’- Ungkapan cinta Ameera buat Jefri

IBARAT merpati dua sejoli. Itulah peribahasa yang tepat bagi menggambarkan betapa bahagianya pempengaruh media sosial popular, Ameera Khan yang hangat dilamun asmara bersama pelakon Indonesia, Jefri Nichol.

Pasangan sama cantik sama padan itu sering kali dilihat berkongsi foto romantis dalam akaun media sosial.

Minggu lalu, mereka membuat kemunculan istimewa dalam sebuah acara fesyen di Kuala Lumpur.

Terbaharu, Ameera atau nama sebenarnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, 25, mendedahkan dia tidak boleh hidup tanpa Jefri.

Tidak boleh hidup tanpa awak. Love of My Life (Awak adalah cinta dalam hidup saya),” tulisnya dalam hantaran yang dikongsikan menerusi Instagram.

Sementara itu menjengah ruangan komen, netizen meminta supaya adik kepada Noor Neelofa itu agar berpada-pada berkongsi kebahagiaan dalam media sosial.

Ada juga yang mendakwa Ameera sengaja menayang kepada satu dunia bahawa dia adalah kekasih Jefri yang menjadi kegilaan ramai wanita.

Dapat Jefri Nichol kot. Takkan tak nak tayang. Kalau aku dapat pun 24 jam aku tayang,” komen netizen.

Kisah percintaan Ameera dan Jefri sering mendapat perhatian ramai kerana aktor itu dikatakan seorang playboy dan sering mengeluarkan kenyataan kontroversi seperti pernah meniduri ramai wanita dan makan babi. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok