‘Ini bukan pertandingan suara siapa paling tinggi’

MAESTRO muzik Datuk Ramli MS menegaskan penyanyi bukan sekadar menunjuk kebolehan tetapi perlu memiliki kemerduan dalam nyanyian.

Menurut ketua juri Gegar Vaganza yang mesra disapa Tokram itu, penonton hanya mahu mendengar nyanyian yang merdu dan sedap.

“Kalau nak menyanyi sebab nak tunjuk anda pandai menyanyi, ramai lagi penyanyi yang pandai menyanyi.

“Tetapi dalam konteks komersial, bila anda dilabel sebagai penghibur, tugas anda adalah menghiburkan orang. Mereka yang ingin dihiburkan hanya mahu satu benda iaitu nyanyian yang merdu dan sedap.

“Tak perlu buat benda-benda yang canggih. Bila perlu menyanyi nada tinggi, naik tinggi. Tak perlu menjerit-jerit macam Tarzan nak tunjuk suara anda tinggi,” katanya kepada HibGlam.

Tambah Ramli lagi, sebagai juri Gegar Vaganza, dia dan barisan juri lain tidak menilai vokal siapa paling tinggi.

“Pertandingan ini bukan pertandingan suara siapa yang paling tinggi. Kalau tidak saya panggil Amy Search masuk dan dia menang tempat pertama sebab suara dia paling tinggi.

“Penyanyi tidak boleh menyanyi sumbang dan setiap notasi perlu stabil. Yang kedua barulah tentang soal penghayatan, persembahan dan sebagainya,” jelasnya.

Setakat ini tinggal lapan lagi peserta Gegar Vaganza musim ke-11 yang masih berpeluang merebut gelaran juara antaranya ialah Liza Aziz, Ning Baizura, Sheila Abdul, Ronnie Hussein, Zehra Zamri, Fairuz Selamat, The Lima dan Dadali Dyrga. – HIBGLAMhe

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok