Padam hantaran IG, Zahnita kembali jual pai

BEKAS peragawati juga pelakon, Zahnita Wilson, dilihat kembali aktif dalam akaun Instagram namun telah memadam semua hantaran terdahulu.

Menerusi hantaran baharu yang dimuat naik, Zahnita, 39, menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menunjukkan sokongan terhadapnya susulan pendedahan berdepan episod memeritkan dipukul suami, Isnin lalu.

Assalamualaikum. Terima kasih di atas segala ucapan dan sokongan. Saya akan bersama anda tidak lama lagi.

“Tempahan untuk pai kini dibuka. I love you 3000,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Menerusi tinjauan HibGlam, hantaran tersebut mendapat ratusan respons dalam masa singkat. Rata-rata netizen memberikan  tanda suka (like) sebagai sokongan dan meninggalkan kata-kata semangat buatnya agar kuat meneruskan kehidupan.

Netizen juga dilihat mahu membeli pai yang dijual Zahnita agar ibu kepada empat orang anak itu dapat meneruskan kehidupannya bersama anak-anak.

Kalian semua, tolong sokong bisnes dia untuk dia berjuang demi dirinya dan anak-anak. Kita nak Zahnita Kuliah Cinta kembali. Pernah makan pai dia. Memang sedap. Berbaloi,” komen netizen.

Terdahulu, Isnin lalu Zahnita menggemparkan ramai apabila berkongsi foto matanya yang lebam akibat dipukul suami.

Susulan itu, suaminya telah ditahan reman selama tiga hari bermula Isnin lalu untuk membantu siasatan.

Zahnita juga dilaporkan dalam proses menurut cerai daripada suaminya selepas 20 tahun hidup merana. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok