Sunwoo diserang peminat kurang siuman

NAMA anggota kumpulan The Boyz, Sunwoo meledak dalam media sosial berikutan diserang peminat kurang siuman di kediamannya.

Menurut sebuah laporan, idola berusia 24 tahun itu telah dipukul berulang kali ketika cuba menahan individu tersebut daripada melarikan diri.

“Pada 9 November, satu insiden berlaku di mana sasaeng (peminat fanatik) bersembunyi di ruang tangga dan mendekati Sunwoo yang sedang menuju ke asrama.

“Sunwoo dipukul berulang kali semasa menunggu bantuan kakitangan.

“Sunwoo dan kakitangan kami yang terlibat dalam insiden itu dikejarkan ke hospital,” kata wakil agensi penyanyi itu. 

Pihak agensi juga bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit dan mana-mana peminat fanatik yang membahayakan artis naungan mereka. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok