Sudah tua tetap hero tapi di sini… – Aqasha

PELAKON Aqasha berharap industri hiburan tempatan lebih terbuka dengan memberi peluang sama rata kepada pelakon berusia untuk tampil sebagai bintang utama sesebuah karya.

Menjadikan drama Tulsa King dan The Old Man yang mengangkat aktor berusia sebagai pameran utama sebagai contoh, pemilik nama sebenar Firdee Akassya Rosli, 42, itu berkata, senario itu berbeza di negara ini apabila menggunakan istilah ‘hero tua’ kepada pelakon berusia.

Tulsa King dan The Old Man merupakan dua siri yang ada dalam senarai main (playlist).

“Sudah tua tetap hero, cuma di Malaysia saja ada term (istilah) hero tua.

LUAHAN Aqasha mengenai perbezaan apresiasi industri seni lakon barat dan negara ini terhadap pelakon berusia. -Instagram Story

Apalah, tidak cukup progresif lagi kita ini, patutnya orang timur lebih menghargai orang tua.

“Tetapi, ini pendapat aku saja,” katanya dalam ruangan InstaStory.

Sekadar info, Aqasha memulakan kerjaya sebagai penyanyi sebelum membuat kemunculan pertama dalam filem Embun arahan Erma Fatima pada 2002.

Sejak itu Aqasha sudah membintangi lebih 20 buah naskhah filem, drama dan telefilem antaranya Man Laksa, Air Force The Movie: Selagi Bernyawa, Ajaibnya Cinta, Nafsu dan Tersalah Cinta. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok