KES mahkamah membabitkan pelakon, Diana Danielle dan bekas suaminya, Farid Kamil masih diikuti ramai terutama membabitkan hadanah, Isnin lalu.
Selain berita aktres itu mendapatkan hak penjagaan dua anaknya, antara perkara yang meraih tumpuan netizen adalah bentuk hidungnya.
Kalau ikutkan hidung Diana sudah sedia mancung, maklumlah dia memang berdarah campuran Melayu-Amerika Syarikat.
Tetapi netizen ternyata mempunyai mata yang tajam apabila melihat kelainan pada bahagian tersebut hingga meninggalkan komen pertanyaan dalam beberapa hantaran aktres itu dalam media sosial.
Mizz Lahar tengok macam teknik ‘shading’ sebab tidak mungkin Diana mahu mengubah bentuk hidungnya yang sudah sedia cantik.
Mizz Lahar: Betul ke seorang pelakon tu tak potong usus. Mengaku sajalah, lagi orang respek!