Bercakaplah selagi kau mampu bercakap, dan aku berdiam selagi aku mampu. Satu aib aku kau buka, Insya-Allah, 10 aib kau akan terbuka. Aku tak mahu gaduh atau bermusuh.”
Demikian luahan pelakon juga pelawak, Enot yang mengakui 20 tahun berhadapan situasi kurang menyenangkan membabitkan seorang kawan dan berharap orang luar tidak tahu hal sebenar tidak menjadi batu api memburukkan lagi keadaan.
Pemilik nama sebenar Aliza Abdullah itu berkata, dia lebih selesa mengambil pendekatan berdiam diri kerana enggan bermusuh dengan sesiapa walaupun sudah lama memendam rasa.
Aku menangis pun tak guna, orang hanya nilai dari apa yang mereka nampak, tapi yang menanggung segala-galanya adalah aku.
“Jadi tak payah tambahkan dosa kalau anda tak tahu cerita sebenar. Aku yang tempuh selama 20 tahun. Malas nak cakap apa-apa, takut terbuka aib orang,” katanya menerusi perkongsian di laman sosial.
Menurut pelakon drama Mat Despatch itu lagi, berdiam bukan bermakna dia berada di pihak yang salah.
Sebab itu aku pilih diam, tapi ayat-ayat kau menampakkan kau seorang sahaja yang betul.
“Salah tu, gali lagi-lagi dalam apa yang kau buat kat aku sampai aku jauh hati macam ini,” luahnya membayangkan rasa kecewa.
Begitupun, wanita berstatus ibu tunggal itu tidak ketinggalan berterima kasih kepada mereka yang memahami serta menyerahkan segala-galanya kepada Allah.
Buat mereka yang cakap elok, terima kasih atas nasihat. Setiap hari aku perbaiki diri supaya lebih baik daripada sebelumnya.
“Insya-Allah, aku ada Allah yang tahu segala-galanya,” luahya lagi dalam hantaran menerusi TikTok, semalam.
Biarpun tidak menyebut nama individu dimaksudkan, ramai membuat andaian luahan tersebut ditujukan kepada rakannya, Didie Alias.
Perkara itu dikatakan susulan wawancara di program Melodi membabitkan pengacara dan pelakon terbabit yang disiarkan di TV3, pada Ahad lalu.
Didie yang pernah rapat dengan Enot suatu ketika dulu diminta mengulas mengenai ‘kehilangan’ sahabatnya itu serta keakraban Enot dengan seorang wanita. – HIBGLAM