260
SELEPAS terkena jangkitan Covid-19 pada Januari lalu, penyanyi Dahyun sekali lagi dijangkiti virus tersebut.
Kali ini, rakannya Jeongyeon turut sama terkena jangkitan Covid-19.
Bukan soal jangkitan, namun impaknya kedua-dua ahli Twice tidak dapat beraksi untuk konsert jelajah dunia mereka di Amerika Syarikat ketika ini.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh pihak pengurusannya, JYP Entertainment dalam satu kenyataan rasmi.
“Selepas mengambil ujian Covid-19 kerana keadaan fizikal yang lemah, kedua-dua ahli disahkan positif.
“Ini adalah kali kedua Dahyun disahkan positif Covid-19 yang sebelum ini dijangkiti pada Januari lalu.
“Oleh hal tersebut, mereka tidak dapat menghadiri persembahan jelajah di Seattle,” kata wakil JYP