“TANGGUNGJAWAB arwah ayah saya sudah selesai di dunia.”
Itu penegasan pelakon dan pempengaruh jelita, Alya Iman tentang segala perbuatan dan dosanya di dunia ketika ini yang pada hematnya, tidak lagi ditanggung bapanya, Allahyarham Azmil Mustapha yang sudah meninggal dunia.
Tidak berdiam diri, Alya atau nama penuhnya Alya Ziman Zamil membidas komen seorang netizen dengan mengatakan tugas bapanya di dunia iaitu mendidiknya sudah selesai selepas meninggal dunia.
Alya berkata demikian sebagai serangan balas beberapa komen netizen yang berpendapat, dosanya akibat tidak bertudung akan terus ditanggung arwah ayahnya di akhirat kelak.
Dalam komen sama, dia turut berkongsi pautan kenyataan Mufti Perlis bertajuk ‘Benarkah Dosa Anak Perempuan Belum Berkahwin Ditanggung oleh Bapa?’
Menerusi pautan tersebut, menurut Mufti Perli, Datuk Dr. Maza, seorang bapa tidak menanggung dosa yang dilakukan oleh anak sekiranya wanita tersebut telah mencapai akil baligh.
“Dalam Islam, setiap orang yang mukallaf (baligh, berakal dan sampai ajaran Islam secara jelas kepadanya) menanggung dosa sendiri.
“Tidak ada konsep pihak lain menanggung dosa orang lain. Apa yang ada ialah seseorang yang melakukan dosa dengan sengaja akan menanggung dosanya sendiri,” jelasnya.
Terdahulu, pada 22 April lalu, Alya mengejutkan ramai apabila memuat baik foto dia tidak lagi mengenakan hijab.
Menurutnya, tindakan itu kerana enggan lagi hipokrit dan berpura-pura di depan orang ramai. – HIBGLAM