Kesihatan S.Coups membimbangkan

KESIHATAN semakin merosot menyebabkan anggota kumpulan Seventeen, S.Coups terpaksa menangguhkan acara beramah mesra bersama peminatnya.

Susulan itu, idola berusia 28 tahun itu juga tidak akan dapat menghadiri acara tandatangan bersama peminat untuk album terbaharu kumpulan Seventeen iaitu 17 is Right Here.

Dukacita dimaklumkan acara S.Coups bertemu dan beramah mesra bersama peminat terpaksa ditangguhkan kerana keadaan kesihatannya sangat lemah.

“Tarikh baharu akan dimaklumkan kemudian,” kata agensinya Pledis Entertainment.

Dalam berita lain, S.Coups dilaporkan dikecualikan daripada perkhidmatan ketenteraan berikutan pembedahan lututnya awal tahun ini. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok