Serumah dengan mentua, Atikah Suhaime bahagia

DUA bulan mendirikan rumah tangga dan menetap bersama keluarga mentua, pelakon Datin Atikah Suhaime mengakui teruja menyambut Ramadan bersama suami tercinta, Datuk Lokman Teh.

Bagaimanapun, Atikah atau nama penuhnya, Nur Atikah Mohd Suhaime, 33, mengakui gementar apabila perlu menyiapkan juadah bersahur dan iftar untuk 10 ahli keluarga mentua.

Ini adalah Ramadan pertama saya bersama suami tercinta dan saya tinggal dengan keluarga mentua. Jadi, sudah tentu saya kena siapkan makanan untuk bersahur dan berbuka puasa.

“Teruja itu memang pasti tetapi bohonglah kalau saya kata tidak gementar apatah lagi ini adalah kali pertama

Keluarga suami pula agak besar, ada 10 orang. Jadi saya akan mula masak dari pukul 3 petang, itu pun belum tentu selesai lagi,” katanya kepada HibGlam.

Pun begitu, pelakon kelahiran Singapura itu bersyukur kerana dikurniakan keluarga mentua yang sangat baik dan memahami.

Tidak lelah mahupun melenting, segala kerja rumah dilakukan dengan ikhlas demi mengecapi nikmat kebahagiaan berumah tangga.

“Mereka tidak pernah meminta yang bukan-bukan daripada saya. Satu lagi perkara saya belajar, bila kita ikhlas melakukan sesuatu hidup kita lebih bahagia.

Saya banyak baca komen di Facebook ada ramai wanita merungut kena kemas rumah. Bagi saya tugas suami adalah sebagai ‘provider’ dan tugas wanita untuk memberikan suami rasa gembira dan selesa.

“Walaupun banyak kerja rumah, saya tidak rasa perlu merungut. Kita kena ikhlas barulah boleh rasa bahagia itu selain mengeratkan lagi hubungan dengan keluarga mentua,” katanya panjang lebar.

Atikah sah bergelar isteri kepada Datuk Lokman Teh dengan sekali lafaz pada 21 Januari lalu

Lelaki pilihan hatinya itu juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif jenama produk tempatan terkemuka, Zaitun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok