Nikmati hidup, rahsia Ella kekal energetik

EMPAT dekad menawan gelanggang seni, nama Ella kekal unggul sebagai Ratu Rock negara.

Setakat ini belum ada lagi pelapis yang mampu menandingi kehebatan pemilik nama sebenar Nor Zila Aminuddin itu beraksi di atas pentas.

Bahkan penghibur tersohor yang berpewatakan manja itu sentiasa ada ruang dan peluang untuk menghiburkan peminat yang tidak jemu menyokong kembara seninya sejak 1983.

Justeru itu, sempena ulang tahun kelahiran ke-57, Ella mengumumkan siri konsert jelajah Ella Puteri Kota yang bakal berlangsung di Pulau Pinang, 28 Oktober 2023 sebagai tanda kasih dan penghargaan buat peminat.

“Kalau boleh saya mahu bukan orang Pulau Pinang sahaja datang tapi semua peminat di sebelah utara termasuk Kedah dan Perlis.

Sempena hari lahir saya kali ini, saya mahu hadiahkan konsert ini kepada peminat. Saya mahu mereka gembira. Biar semua peminat tidak kiralah apa latar belakang mereka, sekurang-kurangnya sekali dapat tengok konsert saya,” katanya.

Ella menitikberatkan pemakanan sihat dan bersenam secara konsisten bagi mengekalkan stamina beraksi di atas pentas.

Dan, untuk mereliasaikan hasrat yang menuntut komitmen tinggi serta tenaga yang bukan sedikit itu, Ella tampak cukup bersedia.

Saat ditanya apa ‘amalan’ tertentu untuk kekal energetik persis wanita berusia 20-an, Ella tertawa kecil.  DenganMerendah diri, Ella mengakui hanya melakukan rutin seperti orang biasa, senaman dan menjaga pemakanan.

Untuk mendapatkan stamina yang baik, saya bersenam secara konsisten selain sentiasa bersemangat ketika di atas pentas.

“Selain itu, saya jaga pemakanan tetapi paling penting kena sentiasa positif dan gembira,” katanya.

Baca artikel penuh menerusi akhbar Kosmo! atau layari https://kosmo.com.my.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok