Nabila tak kuasa nasihat pelakon baharu gila populariti

PELAKON, Nabila Huda enggan buang masa menasihati pelakon baharu yang tidak menunjukkan minat terhadap dunia lakonan.

Malah. pemilik nama lengkap Nabila Huda Suhaimi itu tidak akan sesekali berkongsi ilmu mahu pun pengalaman dengan pendatang baharu yang masuk ke dunia hiburan semata-mata ingin meraih populariti .

“Saya dapat lihat kebanyakan pelakon baharu sekarang  menceburi bidang lakonan kerana ada kepentingan.

Maksudnya, mereka jadi pelakon bukan sebab betul-betul mahu jadi pelakon. Saya boleh nampak, bukan main tuduh atau sengaja menghakimi mereka.

“Mereka mahu popular, jadi terkenal, disanjung, dipuji. Namun, saya perlu akui, bukan semua begitu,” katanya kepada HibGlam.

Tambah pelakon filem Rahsia itu, dia cenderung memilih pendekatan sedemikian bagi menyinggung mana-mana pihak atau menimbulkan kebencian antara dirinya dan pelakon baharu.

Buatlah apa yang mereka suka, lantaklah mereka mahu buat apa. Suatu hari nanti mereka pasti  menyesal.

“Nanti, kalau saya cakap atau beri nasihat, silap hari bulan dibenci pula. Jadi, jangan resah gelisah, biarkan sahaja,” ujar Nabila di majlis tayangan perdana filem Rahsia.

Meskipun begitu, aktres berusia 38 tahun itu tidak menolak untuk menyalurkan segala ilmu dan teknik lakonan kepada mereka yang komited dan bersungguh mahu jadi pelakon berkualiti.

Dulu, saya sangat berharap wajah-wajah baharu ini menginspirasikan gaya lakonan senior. Ada juga beberapa bakat baharu yang jujur dan memang nak jadi pelakon sebenar. Itu bagus.

“Ada yang jumpa saya dan tunjuk hormat, ajak berbual dan tanya tips atau teknik lakonan yang berkesan.

“Jika pendekatannya begitu, saya akan kongsi segala ilmu dengan mereka,” katanya. – HIBGLAM.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok