Ibarat patung cendana, Ji-hyo buat peminat bosan?

Netizen dan juga penonton rancangan santai popular, Running Man tidak bersetuju dengan penglibatan ‘minimum’ aktres Song Ji-hyo pada episod terbaharu rancangan tersebut.

Dalam episod terbabit, semua ahli Running Man sedang seronok bermain permainan makan mi berbeza tahap kepedasan.

Meskipun ahli lain kelihatan sedang rancak menjayakan misi itu, Ji-hyo dikatakan hampir tidak bercakap sepanjang episod dan tidak mencuba untuk mengambil bahagian dalam aktiviti itu.

Dia juga dikatakan semakin hari semakin membosankan dan hanya berdiri persis ‘patung cendana’ tanpa usaha seperti ahli lain yang bergurau sesama sendiri dan me­lakukan sketsa lucu.

“Song Ji-hyo bagaikan tidak wujud di situ, dia tidak langsung bercakap apatah lagi membuat lawak, makin lama makin membosankan,” kata netizen itu.

Bagaimanapun, ramai penonton faham kesusahan Ji-hyo menyesuaikan diri membuat jenaka kerana dirinya adalah seorang pelakon yang bergantung kepada skrip bukanlah orang yang mampu mencetuskan lelucon spontan se­perti pelawak lain dalam rancangan terbabit. – HIB GLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok