Ya betul Badrut Muhayat meninggal pagi tadi. Saya sendiri terkejut.”
Demikian kata rakan baik Allahyarham iaitu pelakon Syanie, 49, kepada HibGlam sebentar tadi.
Syanie atau nama sebenarnya, Syaniza Hishamberkata, isteri pelakon itu, Norhayati Zulkaply sedang berada di sebuah balai polis Pulau Pinang untuk membuat laporan polis bagi memaklumkan kematian Badrul.
Dia (Badrul) bangun seperti biasa macam tadi. Namun, tiba-tiba dia rebah dan kita sudah lakukan bermacam-macam termasuk memberikan bantuan pernafasan (CPR) tapi dia tak bangun-bangun. Sudah ajalnya saya pun sekarang menggigil.
“Isterinya sekarang dengan menguruskan urusan kematian Badrul. Itu sahaja yang saya buat kongsi buat masa sekarang.
Saya sendiri terkejut sebab dia nampak sihat sahaja sepanjang berada di sini (Pulau Pinang). Saya sendiri tak tahu sama ada dia ada sejarah masalah kesihatan seperti sakit jantung dan sebagainya.
“Kita tunggu laporan bedah siasat daripada pihak hospital. Sekarang kita doakan semoga roh Allahyarham tenang di sana,” katanya ketika dihubungi. – HIBGLAM