[VIDEO] Reda, pengakhiran yang baik buat Bad – Zam Indigo

“Bad bukan sahaja seorang kawan tetapi saudara yang sangat rapat”.

Demikian respons penyanyi Zam sambil menitiskan air mata menceritakan keperibadian anggota kumpulan Indigo, Allahyarham Bad atau nama sebenarnya, Badrul Izhan Yeop Abdullah.

Pemilik nama penuh Shahrul Nizam Abdul Aziz itu mendedahkan terlalu banyak kenangan bersama Bad malah Allahyarham antara kawan yang banyak menolongnya ketika dia menjejakkan kaki di Kuala Lumpur suatu ketika dahulu.

“Saya dari Johor, apabila datang Kuala Lumpur, dia antara sahabat pertama yang saya kenal, sekali gus selalu membantu saya dalam apa jua perkara.

“Terlalu banyak kenangan dengan arwah, kalau cerita hari ini pasti air mata saya akan bercucuran, takkan mampu saya habiskan,” katanya kepada HibGlam ketika ditemui di Masjid Tun Abdul Aziz, Petaling Jaya, hari ini.

Tidak terbit rasa terkilan malah reda dengan kehilangan besar itu, Zam secara peribadi menyifatkan pemergian Bad sebagai pengakhiran yang mulia.

“Saya tidak terkilan kerana ini ketentuan Allah, yang selesai sudah selesai, saya bersyukur dan gembira dia pergi dalam keadaan mudah pada hari yang baik. Allah dah pilih dia dekat situ.

“Apa yang penting, pengakhiran dia adalah pengakhiran yang baik, perginya dalam keadaan mulia, itu sudah cukup buat saya bahagia,” tuturnya.

Allahyarham Bad disahkan meninggal dunia sekitar pukul 7 malam , semalam selepas mengalami sesak nafas di tempat kerjanya di Reiber Auto di Bukit Permai, Ampang, Selangor.

Berita mengejutkan tersebut dikongsikan rakan seperjuangan penyanyi itu, Liza Hanim yang juga isteri anggota kumpulan Indigo, Shah, menerusi muat naik dalam Instagram, malam tadi.

Terdahulu, Bad telah kehilangan kesemua jari kaki kiri sejak Mac tahun lalu akibat kencing manis.– HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok