Jun Ji-hyun awet muda

“BIARPUN sudah berusia, Jun Ji-hyun tetap kelihatan muda seperti baru berusia 20-an.”

Demikian komen peminat selepas melihat penampilan menawan bintang drama popular The Legend Of The Blue Sea itu dalam sebuah acara jenama mewah di Hong Kong.

Rata-rata peminat mencetuskan kekecohan dalam media sosial apabila kecantikan Ji-hyun seperti tidak dimamah usia walaupun sudah berumur 42 tahun.

Ji-hyun yang tampil dengan gaun panjang berwarna ungu menyerlahkan kecantikan semula jadi tanpa solekan tebal.

Dalam foto yang berjarak dekat (close-up), peminat juga kagum dengan kulit pelakon wanita itu yang licin dan sangat menawan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok