Padam foto ‘freehair’, Mawar Rashid kembali bertudung?

PELAKON Mawar Rashid sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila bertindak memadam foto tidak bertudung yang pernah dimuat naik dalam Instagramnya sebelum ini.

Perkara itu mengundang tanda tanya ramai sehingga ada yang membuat andaian pemilik nama penuh Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 28, sudah kembali bertudung.

Mawar menerusi satu kenyataan dalam InstaStory hari ini, mengakui bersyukur kerana masih ada individu yang setia menemaninya sehingga saat ini.

“Saya minta maaf tidak respons kepada sesiapa pun. Maaf kepada keluarga, kawan dan rakan media.

“Terima kasih kepada semua yang sentiasa ada dengan saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia turut memberi bayangan menerima rawatan dan nasihat daripada pakar terapi.

“Kini saya menjauhkan diri daripada semua perkara dan orang lain.

“Saya kini hanya berbicara dengan pakar terapi sahaja atau buat selama-lamanya,” katanya lagi.

Sebelum ini, Mawar pernah mencetuskan kekecohan apabila memuat naik foto tidak bertudung dalam Instagramnya.

“Saya cuba tetapi saya gagal. Saya minta maaf,” tulisnya ringkas. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok