Peminat nasihat Siti Nurhaliza jangan ikut Aina Abdul

GARA-GARA mempamerkan gambar promosi album SITISM yang menampakkan leher, Datuk Seri Siti Nurhaliza dinasihatkan peminat supaya menjaga aurat.

Foto yang dikongsi dalam laman Instagramnya memaparkan penghibur nombor satu tanah air itu dalam pelbagai gaya dan persalinan.

Fesyen berturban antara penampilan yang ditunjukkan, tetapi ada yang menyerlahkan sebahagian daripada lehernya.

Daripada komen, dapat dilihat ramai menyayangi penyanyi itu kerana masing-masing memberikan teguran dengan bahasa yang berlapik.

Mereka mahu Siti mengekalkan identiti muslimah yang manis, tersanjung apatah lagi sudah bergelar hajah.

Paling menarik perhatian Mizz Lahar tentu saja komen netizen yang minta penghibur kesayangan mereka tidak ikut gaya pelik penyanyi Aina Abdul.

Amboi, jauh pula isu ini menerawang.

Mizz Lahar: Buat artis wanita, janganlah sikit-sikit nak tanggal tudung.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok