IU diugut bunuh

MESKIPUN sentiasa ramah melayan semua peminat, bintang serba boleh IU tetap menerima pelbagai ancaman berbahaya, termasuk ugutan rogol dan bunuh.

Menurut label penyanyi jelita tersebut, EDAM Entertainment, terdapat beberapa individu yang tidak dikenali mengekori IU ke mana sahaja idola tersebut pergi termasuk tempat tinggalnya.

“Baru-baru ini, tahap keganasan terhadap artis kami, IU telah melampaui batas. Kami telah menerima banyak ancaman bunuh dan rogol malah lebih teruk ada beberapa individu tidak dikenali mengekori artis kami sehingga ke rumah.

“Kami meminta bantuan pihak berkuasa siasatan kecemasan ke bangunan EDAM Entertainment, bangunan Kakao Entertainment dan rumah artis untuk memantau keselamatan,” katanya.

EDAM Entertainment juga turut mengemas kini peminat dan orang ramai tentang status pelbagai kes undang-undangnya terhadap netizen yang berniat jahat dalam media sosial.

Mana-mana pihak, individu atau berkumpulan yangi terlibat menabur fitnah terhadap IU akan diheret ke muka pengadilan untuk menghadapi penyiasatan jenayah dan sivil.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok