Jungkook teruja terbitkan album sulung

SELEPAS kejayaan single sulungnya berjudul Seven, kini penyanyi Jungkook merancang untuk melancarkan sebuah album solo.

Perkara tersebut diluahkan dalam temu bual eksklusif baru-baru ini. Penyanyi kumpulan BTS itu dilihat bersungguh-sungguh mahu menerbitkan sebuah album solo selewat-lewatnya hujung tahun nanti.

“Album solo saya kini dalam pembikinan,” jawabnya pendek usai disoal mengenai rancangan 2023.

Meskipun berita tersebut sudah dijangka, rata-rata peminat menunjukkan keterujaan menantikan saat tersebut.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok