Zulin Aziz sudah berisi?

“Baby bump ke tu?”

Itulah pertanyaan wajib yang menjadi lumrah buat wanita bergelar isteri jika masih belum dikurniakan cahaya mata. Situasi sama turut dilalui Zulin Aziz.

Banyak kali juga Diva ternampak pertanyaan sebegitu dalam ruangan komen foto-foto yang dimuat naik Zulin dalam Instagram ketika bercuti di Istanbul, Turkiye baru-baru ini.

Namun ada juga netizen lain muncul menegur mengenai soalan sebegitu yang dianggap sensitif dan tidak sesuai sekiranya kerap ditanya.

“Sibuk je tanya mengenai baby bump. Tidak sensitif langsung,” balas seorang individu.

Bukan hanya baby bump, Zulin yang tampil memakai niqab dalam sekeping foto juga dikatakan mirip Neelofa.

“Ingatkan Neelofa, rupa-rupanya Zulin. Sama!” kata seorang netizen.

Macam-macam jenis komen ya muncul disebabkan sekeping gambar. Tapi kalau benar baby bump sekalipun, Diva tumpang gembira, jangan sorok kalau ada berita baik!

DIVA: Ada yang nasihatkan bekas isteri ND Lala iaitu Fauziah Sarman ‘senyap’ sebentar dalam media sosial.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok