TINDAKAN merahsiakan berita baik berhubung kehamilan menjadi inspirasi, selebriti versatil Neelofa mengakui perkara tersebut dilakukan sebagai langkah berwaspada.
Risau dengan risiko yang sering berlaku kepada bakal ibu lain, Neelofa, 38, mengambil langkah berjaga-jaga tersebut demi menjaga perkara yang masih belum pasti di samping memohon perlindungan daripada-Nya.
“Saya pernah tengok banyak sangat mereka yang tak sampai hari melahirkan. Jadi, kita nak beria-ia pun tidak berani.
“Ada orang yang mudah, tak fikir apa semua. Tapi kita macam ambil langkah berjaga-jaga supaya dalam masa kita sedang menjaga benda yang ghaib ini — Allah bagi keselamatan, kesihatan dan kemudahan semua sekali.
“Jadi, nanti dah selamat semua kita pun sama-sama raikan dengan berita baik,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.
Dalam pada itu, bekas pengacara program MeleTOP itu bersyukur melihat pendekatan masyarakat kini yang semakin peka dalam melindungi privasi anak-anak dalam media sosial bagi mengelakkan penyakit ain.
“Kalau yang baik (orang tiru), alhamdulilah dan saya pun tengok ramai orang sekarang dah banyak tutup muka anak.
“Sebab saya rasa mereka makin faham tentang penyakit ain di mana benda ini positif bagi saya,” jelasnya.
Sebelum ini, Neelofa bertekad untuk tidak mengumumkan kehamilannya walaupun menyedari ramai yang memberi perhatian terhadap perubahan fizikalnya.
Sebelum ini, Neelofa dan suaminya yang juga pendakwah, Haris Ismail atau PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.
Hasil perkahwinan, mereka memiliki dua cahaya mata iaitu Bilal, 4 dan Abbas, 3 tahun. – HIBGLAM
