BARU lenyap cerita sensasi bekas teman lelaki curang, Fify Azmi kembali mengundang perhatian ramai apabila seorang lekaki dikenali sebagai Farith Nazrin memuat video bersamanya dalam TikTok baru-baru ini.
Melihat gelagat bersama, Diva dapat hidu hubungan mereka bukan sekadar kawan biasa, seperti ‘luar biasa’.
Iyalah, ada momen mereka makan bersama pun Diva sudah rasa pelik, nampak mesra semacam.
Tapi tidak salah pun kalau sudah ada teman istimewa sebab Fify pun sudah solo sekarang.
Harap kalau benar sedang menjalin hubungan cinta, semoga berkekalan dan jejaka kacak itu adalah jodoh sampai ke akhirat.
Apa pun, Diva tumpang gembira dan semoga kisah-kisah terdahulu dijadikan pengajaran.
DIVA: Fesyen tak kena tempat, sekarang musim artis bergaya tak cukup kain sepanjang acara fesyen di ibu negara.
