Gabungan empat negara filem ‘Tiket Sehala’ tarik perhatian penaja

GABUNGAN harmoni pelakon empah buah negara iaitu Malaysia, Thailand, Korea Selatan dan Indonesia menarik perhatian Madani Greatlink Sdn. Bhd. untuk menjadi antara penaja filem terbaharu terbitan Key Billions Sdn. Bhd. berjudul Tiket Sehala.

Menurut pemilik dan pengarah urusannya, Hairi Jasadi, filem tersebut mampu menjadi platform terbaik untuk memperkenal bakat dan karya seni Malaysia ke negara lain.

“Sebenarnya ini kali pertama kami menjadi penaja untuk filem tanah air.

‘Kami berminat menjadi antara penaja untuk Tiket Sehala selepas melihat gabungan barisan pelakon tempatan dengan dari Korea Selatan, Thailand dan Indonesia. Itu perkara yang bagus.

“Ini platform terbaik selalu penaja kerana kami juga memerlukan pendedahan walaupun sudah agak lama dalam industri automotif ini,” katanya ketika ditemui pada majlis sesi ramah mesra bersama para pelakon filem terbabit di sini, semalam.

Tambahnya, acara yang berlangsung hari ini merupakan lokasi pertama bagi siri jelajah (roadshow) yang bakal diteruskan minggu depan.

Menariknya, orang ramai berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik serta memenangi baucar bernilai keseluruhan RM50,000.

“Kami merancang untuk mengadakan roadshow bagi pelancaran rasmi Tiket Sehala dan minggu depan akan berada di Shah Alam bertemu peminat dalam masa sama boleh menonton filem ini bersama.

“Kami juga ada sediakan ‘Gold Bar Challenge’ dan 100 pemenang akan menerima tiket percuma untuk filem ini.

“Kami juga ada baucar diskaun pembelian kereta, yang setiap satunya berjumlah RM5,000. Harap dengan tajaan ini, membuka lebih banyak pintu rezeki sekali gua memperkenalkan bisnes kami kepada orang ramai,” jelasnya.

Tiket Sehala arahan Rahila Ali diinspirasikan daripada kisah benar iaitu mengenai sindiket penipuan pekerjaan di luar negara.

Filem bergenre ‘survival thriller’ yang akan mula ditayangkan di pawagam pada 6 Ogos depan itu dibintangi barisan pelakon hebat lain seperti Jaa, Suzuran Sharifah Sakinah, Ainee Mustafa, Zaki Yamani dan Noki K-Clique. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok