Cara Delevingne nafi ‘songsang’ dengan bekas isteri Johnny Depp

MODEL dan pelakon, Cara Delevingne menamatkan spekulasi yang berlegar bertahun-tahun apabila menafikan dakwaan pernah menjalin hubungan sejenis dengan aktres Amber Heard ketika aktres itu masih bergelar isteri Johnny Depp.

Menerusi The Louis Theroux Podcast, Delevigne menjelaskan khabar angin tersebut tercetus ketika dia dan Heard sama-sama membintangi filem London Fields yang turut melibatkan Depp.

“Saya rasa ketika itu dia (Depp) memang dikuasai rasa cemburu walhal tiada apa-apa hubungan istimewa antara kami,” katanya.

Bagaimanapun, pelakon kelahiran Britain itu mengakui persahabatan dengan Heard semakin rapat selepas pasangan tersebut bercerai pada 2016.

Sebelum ini, timbul gosip kononnya dia menjalinkan hubungan sulit dengan Heard yang hangat diperkatakan ketika perbicaraan kes saman fitnah membabitkan wanita itu dan Depp.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok