ALUMNI program Talk To My Manager Musim 2, Kim K atau Kim Khairii terus mengorak langkah dalam usaha mengembangkan kerjaya seninya apabila menghadiri sesi uji bakat yang dianjurkan oleh Suria Records Malaysia.
Menurutnya, dia tidak pernah berasa malu untuk terus mencuba dan mencari peluang demi merealisasikan impiannya untuk kekal aktif dalam industri hiburan tanah air.
Saya tidak malu untuk terus mencuba nasib. Kalau ada rezeki saya bersama Suria Records, insya-Allah saya akan memberikan yang terbaik dan terus berusaha untuk mengembangkan kerjaya seni saya,” katanya.
Kim K dilihat hadir di Studio Suria Records pada pagi tadi bersama-sama para peserta uji bakat lain yang turut hadir bagi merebut peluang untuk menjadi artis di bawah naungan Suria Records Malaysia.
Penyertaannya dalam sesi uji bakat ini membuktikan kesungguhan untuk terus melangkah ke hadapan dalam dunia seni, selain membina pengalaman baharu bersama nama-nama bakat yang sedang meningkat naik dalam industri muzik tempatan.
Dengan semangat dan keazaman yang tinggi, Kim K berharap usaha yang dilakukan hari ini mampu membuka lembaran baharu dalam perjalanan kerjaya seninya. – HIBGLAM
