‘Doakan Mak Jenny cepat sembuh, dia tetap ibu mentua saya’ 

MESKI sudah berpisah, bekas isteri penyanyi Nubhan iaitu Dr. Fie Tawfek mendoakan agar ibu mentuanya, Mak Jenny diberikan kesembuhan segera susulan kecederaan yang dialami selepas terjatuh baru-baru ini.

Menurut Fie, dia masih belum berkesempatan bertemu dengan Mak Jenny namun sentiasa mengambil tahu mengenai perkembangan ibu mentuanya menerusi media sosial.

Saya ada baca cerita dalam sosial media mengenai Mak Jenny jatuh dan tulang retak. Saya memang doakan walaupun tak sempat lagi nak berjumpa, dia tetap mak mentua saya.

“Tak ada putus hubungan, walaupun berpisah suami isteri tapi dia tetap mak mentua saya,” kataya dalam satu temu bual.

Dalam pada itu, dia berkongsi mengenai pernah menjaga ibu mentua di hospital sebelum ini ketika masih bergelar isteri Nubhan.

“Sebelum ini saya pernah juga ada pengalaman bersamanya di hospital dan saya faham bukan mudah untuk menjaga orang tua.

Saya doakan banyak-banyak untuk Mak Jenny semoga cepat sihat dan semoga Nubhan juga dapat jaga Mak Jenny dengan baik sebab ini mungkin peluang dia untuk jaga ibunya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, dia juga berkata, Nubhan tidak perlu bimbang mengenai urusan anak-anak kerana dia akan mengambil alih tugas tersebut sementara bekas suaminya menjaga Mak Jenny.

“Tak perlu lagi nak nak fikir benda lain, tidak apa, saya akan fikirkan tentang anak-anak.

Saya nak dengar lagi suara mak dalam media sosial. Walaupun tak dapat dengar depan-depan, dari media sosial pun dapat ubat rindu,” ujarnya.

Terdahulu, Nubhan berkongsi keadaan terkini Mak Jenny yang tahap kesihatannya merosot selepas patah tulang pinggul dan kaki akibat terjatuh.  – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok