‘Dulu saya naif, sekarang dah boleh bezakan betul, salah’

“DULU saya sangat naif. Saya tidak tahu apa yang salah, apa yang betul.”

Demikian kata Fatiya yang mengakui banyak melakukan kesilapan dalam hidupnya gara-gara terlalu naif.

Bagaimanapun, pemilik nama lengkap Nur Fathia Abdul Latiff, 38, menyifatkan pengalaman lampau mengajarnya menjadi individu lebih matang dalam menilai baik buruk sesuatu perkara.

Banyak kesilapan yang sangat buat. Sekarang saya dah boleh bezakan apa yang patut buat dan tidak patut daripada pengalaman,” katanya dalam Threads.

Dalam masa sama, bintang drama Ariana Rose itu memanjatkan doa agar kehidupannya berjalan dengan lebih lancar.

Harap semuanya akan jadi lebih baik, insya-Allah,” ujarnya.

Sebelum ini, nama Fatiya sering menjadi tajuk-tajuk utama berita hiburan berikutan pelbagai kontroversi termasuk status kesihatan mental, perubahan wajah akibat rawatan kosmetik, pendirian tentang perkahwinan serta penerimaan kerjaya seninya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok