‘Nama anak-anak saya bin, binti Adzmin, bekas suami tak mahu tengok ke?’

PELAKON dan pengacara Raja Azura kecewa dengan tindakan bekas suaminya, Adzmin Osman yang masih tidak melakukan sebarang usaha untuk bertemu dengan tiga anak mereka sejak 13 tahun lalu.

Lebih membuatkan hatinya hiba, Adzmin dikatakan tidak bertanya khabar atau mengambil tahu mengenai kehidupan anak-anaknya termasuk berkaitan hal pelajaran.

“Tak nak cakap dengan saya pun tidak mengapa, itu antara saya dengan dia.

“Kalau nak hubungi anak-anak tetapi tiada nombor, boleh dapatkan nombor pengurus saya. Bersepah dalam semua media sosial, ambil sahaja.

“Tak akan sedikit pun tidak mahu beri duit hasil kerjanya, ambil berkat dengan memberi kepada anak-anak yang sedang belajar dan mengharumkan namanya,” katanya dalam satu temu bual audio siar Too Pretty Too Handle.

Dalam nada sebak, Raja Azura memberitahu anak perempuannya, Puteri Mia Maizura bakal menerima anugerah dekan atas pencaoaian cemerlang pada majlis konvokesyen tidak lama lagi.

“Tahun ini, Alhamdulillah anak saya menerima anugerah dekan dan akan pakai selempang pink. Namanya akan disebut sebagai Puteri Mia Maizura binti Adzmin.

“Dia tak nak tengok ke? Saya akan beri kalau dia nak hadir. Saya tak pergi pun tidak mengapa.

“Itu anak dia. Bila anak kami menang anugerah, yang akan disebut ialah bin dan binti Adzmin,” kataya lagi.

Dalam temu bual sama, dia berkata, kemelut yang berlaku antara mereka tidak sepatutnya melibatkan anak-anak kerana perkahwinan dibina atas dasar cinta.

“Mereka semua anak kami bersama.Kami pernah bercinta dan kenapa mesti membenci?

“Sudah tiada jodoh, saya terima,” ujarnya.

Sebelum ini, Raja Azura dan Adzmin Osman yang merupakan anak kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff mendirikan rumah tangga pada 2001 sebelum bercerai pada 28 September 2010.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq Adzmin, 24, Megat Luqman Hakim Adzmin, 23, dan Puteri Mia Maizura Adzmin, 21.

Namun, Raja Azura membesarkan tiga orang anak secara bersendirian selepas bercerai apabila mendakwa bekas suaminga ‘hilang’ dan tidak dapat dihubungi sehingga hari ini.

Dia juga terpaksa menggunakan saluran undang-undang dan memfailkan permohonan melalui iklan mahkamah bagi menuntut tunggakan nafkah anak-anaknya sejak 15 tahun lalu, berikutan bekas suaminya culas dan gagal dihubungi. – HIBGLAM.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok