SEMAKIN mendapat perhatian dalam dunia lakonan, pelakon Irfan Zaini mendedahkan perjalanan karier seninya bukan mudah malah berkali-kali gagal dalam sesi uji bakat.
Kongsi Irfan, 31, maklum balas yang diterimanya sepanjang mengukir nama dijadikan pedoman menilai semula kemampuan diri serta menghargai setiap langkah kejayaannya hari ini.
“Ada masa saya pernah duduk rumah hampir setahun. Pergi uji bakat tapi ditolak berkali-kali.
“Ada masa saya sendiri tertanya-tanya bila agaknya rezeki akan sampai
Komen itu buat saya berhenti sekejap dan pandang semula perjalanan saya. Selama ini terlalu sibuk mengejar ke depan sampai terlupa sejauh mana saya sudah berjalan,” katanya
Dalam pada itu, pelakon Blood Brothers itu menzahirkan rasa syukur atas sokongan peminat yang tidak pernah berhenti mempercayai bakatnya.
“Semua ini adalah rezeki dan saya tahu tidak akan sampai di sini tanpa sokongan anda semua
Terima kasih kerana sentiasa percaya. Saya janji akan terus berusaha, berkarya dan tidak akan pernah mengalah,” katanya lagi.
Sebelum ini, seorang peminat memuji kehebatan Irfan yang kerap muncul dalam beberapa filem tahun ini.
“Mantap abang, dalam tiga bulan empat kali muka abang keluar wayang,” katanya.
Irfan sebelum ini terlibat dalam filem Tamil berjudul Jananayagan dan Irumbuth Thottam (Ladang Besi).
Dia juga bakal muncul dengan filem tempatan berjudul Terbang yang memaparkan kisah legenda rali negara, Karamjit Singh. – HIBGLAM
