Biar Seribu lagu simbolik cinta Noh, Fatin

“OH! Itu tunang saya, kita akan kahwin minggu ini.”

Demikian pengakuan penyanyi Noh Salleh yang memperkenalkan bakal isterinya, Fatin Athirah Mustapa kepada umum buat pertama kalinya.

Penyanyi kumpulan Hujan itu dilihat teruja bakal bergelar suami kepada peguam berusia 30 tahun itu menerusi hantaran video yang dikongsi seorang pengguna TikTok.

Menerusi video tersebut, Noh sempat menunjukkan ke arah tunangnya sebelum memulakan persembahan dalam sebuah acara.

Lagu Biar Seribu yang dinyanyikannya pada hari itu disifatkan sebagai simbolik cinta antara mereka.

“Lagu ini (Biar Seribu) sesuai dengan doa kami sebagai pasangan yang hendak mendirikan masjid.

“Jadi, mengharapkan 500 orang yang ada dekat sini mendoakan kami kekal seribu tahun macam lagu ini,” katanya.

Video yang menyaksikan Noh membuat pengumuman manis mengenai hari bahagianya dan Fatin yang tinggal beberapa hari sahaja lagi akan bersatu sebagai suami isteri mencuri perhatian netizen.

Rata-rata peminat yang singgah ke ruangan komen meluahkan rasa teruja dan mendoakan majlis pernikahan pasangan itu berjalan lancar.

Difahamkan, vokalis sensasi itu bakal disatukan dengan Fatin di sebuah dewan acara di Puchong, Selangor.

Terdahulu, HibGlam melaporkan pasangan terbabit melangsungkan pertunangan yang diadakan serentak dengan rumah terbuka Syawal pada 7 Mei lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok