Nampak ‘baby bump’, Neelofa hamil lagi?

NAMA selebriti dan usahawan Neelofa kembali menjadi bualan ramai  dalam media sosial hari ini apabila dia didakwa hamil anak ketiga.

Perkara tersebut hangat diperkatajan selepas Neelofa memuat naik foto mempromosikan produk terbaharunya, susu pisang namun lain pula perhatian netizen apabila mendakwa nampak ‘baby bump’.

Meski tiada sebarang pengesahan daripada pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor itu, ucapan tahniah sudah mula membanjiri ruangan komen hantaran tersebut.

Kebanyakan netizen juga turut berseloroh dua anak Neelofa iaitu Bilal dan Abbas bakal mendapat adik tidak lama lagi.

“Alamak, saya macam nampak seorang ibu yang sedang hamil.

“Itu seperti ‘baby bump’, kalau betul, tahniah Neelofa!

“Lain yang nak dipromosi (susu pisang), lain pula dapat perhatian, semoga kali ini dapat anak perempuan,” komen netizen.

Untuk rekod, Neelofa dan suaminya yang juga pendakwah, Haris Ismail atau PU Roz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.

Hasil perkahwinan, mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Bilal, 4 dan Abbas, 3 tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok