PROGRAM realiti Talk To My Manager musim ke-2 (TTMM2) terus bergelora dengan drama tidak berpenghujung, seakan-akan skrip sinetron sarat babak tidak perlu.
Terbaharu, tumpuan terarah kepada anak usahawan Datuk Seri Vida, Cik B apabila penampilannya mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.
Ramai mempertikai imej dibawa, menyifatkan gaya tersebut tidak mencerminkan jantina sebenar selain mempersoal pemilihan lagu dipersembahkan.
“Cik B ingat dia hensem ke pakai pakaian macam jantan?.Lagi satu, tiada siapa perasan ke dia banyak dapat lagu lelaki sahaja.
“Dia perempuan, umur pun 21 tahun. Sepatutnya bertanding dalam kategori setara peserta lain,” tulis netizen.
Diva faham mengapa isu ini timbul. Bukan sekali dua gaya maskulin menjadi pilihan Cik B, namun mungkin itu identiti paling selesa buat dirinya.
Dalam masa sama, pentas pertandingan membuka ruang penilaian umum, imej, vokal dan persembahan semua menjadi ukuran. Bimbang juga jika trend ‘cross styling’ ini menjadi ikutan tanpa faham konteks sebenar.
Apa pun, Diva masih ternanti-nanti siapakah bakal bergelar juara, memandangkan ramai vokal mantap sudah tersingkir awal.
DIVA: Bukan main lagi pemuja perang tiket konsert BTS yang akan turun ke Malaysia, Disember nanti!
