‘Kalau keluar asyik main telefon, baik tak payah jumpa’

PELAKON dan penyanyi Alvn Chong meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap segelintir individu yang terlalu leka bermain telefon ketika meluangkan masa bersama orang lain.

Alvin atau nama sebenarnya Alvin Chong Chean Wah, 35, menyifatkan situasi tersebut sebagai sesuatu yang sangat menjengkelkan, apatah lagi jika pertemuan berlaku selepas sekian lama tidak bersua wajah.

Memang satu perkara yang sangat mematikan rasa apabila kita sudah lama tidak berjumpa, tetapi sepanjang masa hanya memandang telefon sahaja.

“Lebih baik tidak perlu berjumpa,” katanya dalam Threads.

Luahan tersebut pantas mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bersetuju dengan pandangan dilontarkan pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu.

“Setuju! Kalau keluar dengan seseorang dan dia sibuk dengan telefon, sekali dua periksa itu okey, tetapi kalau berterusan, lepas makan saya terus ajak balik.

“Memang rasa tidak dihargai langsung. Baik duduk rumah sahaja kalau begitu.

“Kadang-kadang kita keluar untuk luang masa, bukan tengok orang layan telefon sepanjang masa,” tulis beberapa netizen.

Namun, terdapat juga segelintir pihak berpendapat penggunaan telefon masih boleh diterima dalam situasi tertentu, terutama melibatkan urusan penting atau kecemasan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok