HyunA puji lagu bekas kekasih

SUDAH putus cinta sejak tahun lalu, HyunA dilihat tidak berdendam dan masih menunjukkan sokongan kepada bekas kekasihnya, Dawn.

Buktinya, penyanyi wanita itu dilihat memuatkan lagu Dawn berjudul Star dalam Instagramnya.

Selain itu, HyunA juga memuji karya terbaharu yang dilancarkan rapper itu.

Ini menunjukkan mereka masih mengekalkan persahabatan baik antara satu sama lain dan tetap berkawan walaupun sudah tidak lagi bergelar pasangan kekasih.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok