Pertembungan dua zaman, My Royal Nemesis lucu

NETFLIX sekali lagi menyajikan drama romantik komedi berjudul My Royal Nemesis.

Menariknya, drama 14 episod itu diterajui Lim Ji-yeon dan Heo Nam-jun yang menjayakan watak antagonis dalam beberapa drama popular.

My Royal Nemesis menambat hati ramai menerusi lakonan hebat Ji-yeon sebagai gundik raja yang dijatuhi hukuman mati dengan memimun racun.

Keajaiban berlaku selepas dia kembali sedar namun berada pada tahun 2026 dan berada di dalam tubuh Shin Seo-ri iaitu seorang pelakon tidak popular.

Rentetan itu, pelbagai momen lucu tercetus termasuk dipertemukan dengan Cha Se-gye (Nam-jun) yang terkenal dengan sikap sombong dan biadab. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok