PENYANYI dan pelakon, Hilary Duff mengakui sedih mengenang kembali zaman awal kariernya selepas menonton beberapa dokumentari berkaitan eksploitasi terhadap bintang kanak-kanak dalam industri hiburan.
Duff yang mula dikenali menerusi siri popular Lizzie McGuire berkata, dokumentari seperti Quiet on Set: The Dark Side of Kids TV dan Framing Britney Spears memberi kesan emosi terhadap dirinya.
Semua itu sudah lama berlalu tetapi sejujurnya, saya sedih apabila menonton dokumentari tersebut atas sebab-sebab tertentu,” katanya.
Akuinya, banyak sisi gelap di sebalik dunia hiburan kanak-kanak termasuk tekanan serta eksploitasi yang dialami ramai pelakon muda pada era sama dengannya.
Bagaimanapun, pelantun lagu Come Clean itu bersyukur kerana tidak melalui banyak pengalaman buruk seperti segelintir rakan artis lain. – HIBGLAM
