DILABEL sebagai lelaki ‘greenflag’, Amar Baharin meraih pujian ramai apabila berkongsi momen membaca sepotong ayat al-Quran dalam sebuah video baru-baru ini.
Dalam video tersebut, Amar mengalunkan bacaan ayat ke-35 surah al-Ahzaab sambil memandu.
Golongan yang Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar,” katanya dalam ruangan kapsyen.
Perkongsian tersebut seterusnya menuai banyak komen positif daripada netizen termasuk ucapan terima kasih kerana memuat naik konten yang bermanfaat dan tidak melalaikan.
Selalu nampak artis hanyut dalam dunia hiburan dan memuat naik perkongsian melalaikan tetapi hakikatnya ramai yang kongsi hal-hal baik seperti Amar, terima kasih.
“Patutlah Amyra Rosli dapat Amar, ‘greenflag’ betul semakin berubah ke arah kebaikan,” puji netizen. – HIBGLAM
