Demi Michael, Jaafar Jackson ‘korban’ kaki

FILEM biografi mengenai Raja Pop, Michael Jackson masih hangat diperkatakan, namun di sebalik pembikinannya, tunjang utama naskhah itu juga anak saudaranya, Jaafar Jackson berdepan pelbagai cabaran besar.

Demi merealisasikan watak penghibur legenda dunia tersebut, aktor berusia 29 tahun itu sanggup menjalani latihan menari secara intensif tanpa henti sehingga kakinya berdarah.

Jaafar mengakui walaupun berdepan keraguan untuk menceburi arena lakonan, apatah lagi membawakan karakter figura besar Michael Jackson, dia tetap menyahut cabaran.

Menggalas amanah pengarah filem terbabit, Antoine Fuqua, Jaafar bukan hanya membuktikan kemampuan dalam sesi uji bakat, malah memberi komitmen penuh di set penggambaran.

Malah kesungguhan anak kepada Jermaine Jackson iaitu abang kepada mendiang terserlah apabila menjalani latihan intensif di kediamannya di Havenhurst, Amerika Syarikat.

“Kami terus memulakan adegan besar iaitu lagu Bad di lokasi Sony bersama 1,000 penari dan dia sangat luar biasa.

“Jaafar Jackson sangat berdedikasi, dia sanggup mengulang gerakan tarian dan babak lakonan tanpa henti sehingga menyebabkan kakinya berdarah semata-mata memastikan karakter Michael Jackson dapat dihidupkan dengan sempurna di layar perak,” ungkap Fuqua. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok