Ramai makin sakit, terlalu banyak kebencian – Nabila Huda

LAMAN sosial dijadikan gelanggang menghakimi orang lain, pelakon Nabila Huda menegur tindakan segelintir netizen yang terlalu obses menyebarkan kebencian menerusi komen negatif.

Nabila Huda, 41, berkata, situasi itu membuatkan dirinya tertanya-tanya bagaimana cara didikan mereka yang bersikap sedemikian.

“Dalam era media sosial ini, ramai yang makin sakit. Terlalu banyak kebencian. Saya sentiasa rasa hairan, bagaimanakah cara kamu dibesarkan?

“Sebab childhood trauma saya mengajar saya sesuatu yang lain,” katanya menerusi hantaran di platform Threads.

Pelakon filem Gayong itu turut menasihati netizen agar jangan mudah menghakimi kehidupan orang lain memandangkan setiap individu melalui perjalanan yang berbeza.

“Jangan pernah menilai, jangan pernah cari salah orang, jangan pernah cuba untuk betulkan hidup orang lain.

“Kamu tak pernah tahu apa yang akan datang dalam hidup ini. Jadi bersedialah,” ujarnya.

Menerusi perkongsian sama, Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) itu turut mendedahkan pernah melalui pelbagai pengalaman yang mematangkan dirinya sekali gus membentuknya dirinya menjadi lebih tegar untuk bangun menempuh onak duri.

“Saya? Saya pernah mengalaminya. Melakukannya. Itulah sebabnya saya tidak mendengar bunyi bising.

“Kamu tidak berada di dalam perjalanan saya. Saya akan terus melangkah. Meneroka watak. Mengejar impian,” katanya.

Biarpun tidak menjelaskan lebih lanjut hantaran tersebut, rata-rata pengguna laman sosial sependapat dengannya.

“Biarkan mereka yang tidak beradab terus jadi begitu. Saya suka bakat semulajadi awak. Teruskan berkarya,” tulis seorang pengguna Threads lain. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok