BARU sahaja melancarkan buah tangan terbaharu berjudul Berjauh-an, Aina Abdul sekali lagi menjadi sasaran perbincangan netizen.
Jika ramai memuji melodi dan nuansa lagu tersebut, muncul pula segelintir pihak mempersoalkan penggunaan tajuk dikatakan ‘menjahanamkan’ tatabahasa bahasa Melayu.
Aduhai, sampai ke situ sekali pemerhatian netizen dalam kurungan ‘pembenci’.
Tidak membiarkan kekeliruan terus berpanjangan, pemenang Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) itu tampil menjelaskan penggunaan tanda sempang dalam tajuk berkenaan memang disengajakan sebagai pendekatan artistik.
Dia juga turut meminta orang ramai tidak terlalu serius menilai perkara tersebut kerana seni juga punya ruang interpretasi tersendiri. Diva setuju benar, bukannya Aina sedang menjawab peperiksaan bahasa pun!
Apa pun, harus diakui Berjauh-an kedengaran lebih mendamaikan, lembut dan tidak terlalu sarat dengan ‘adlib’ seperti karya terdahulu.
DIVA: Sah kumpulan Evanescence bakal beraksi di Malaysia November nanti, maka abang-abang dan kakak-kakak ‘milenial’ bersingsing lengan bajulah berebut tiket.
