Blackpink kalahkan ramai lelaki di VMA2023

Kumpulan K-pop popular, Blackpink sekali lagi melakar sejarah apabila berjaya merangkul anugerah Kumpulan Terbaik Tahun 2023 menerusi majlis Anugerah Muzik Video MTV (VMA2023) yang berlangsung di New Jersey, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Lebih menarik, Blackpink menjadi  kumpulan gadis pertama K-pop yang berjaya meraih pencapaian tersebut, sekali gus  merebut kembali takhta daripada kumpulan lelaki yang sudah 24 tahun mendominasi kategori itu sebelum ini.

Kemenangan Blackpink bagi kategori tersebut berjaya menundukkan Jonas Brothers, Maneskin, Flo, Fifty Fifty, New Jeans, Seventeen dan Tomorrow X Together yang tercalon kategori sama.

Terdahulu, TLC menjadi kumpulan gadis terakhir yang menang dalam kategori tersebut pada tahun 1999.

Kemenangan ini bukan sahaja pencapaian peribadi untuk Blackpink, malah mewakili satu peristiwa penting, menggariskan impak seismik mereka sebagai kumpulan gadis di pentas global.

Malangnya, Blackpink tidak menghadiri majlis anugerah tersebut kerana sibuk dengan persiapan untuk dua persembahan terakhir bagi konsert Born Pink World Tour di Seoul.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok